First Entry First Blog First year of the month of
2016. Still a beginner though :P
If you know me, I’m the most blur person you’ve
ever met ß(-------baru sedar diri------)
Well I don't know what I'm going to write here...
hurm lemme see
.........................
......................
...................
................
.............
...........
........
.....
...
..
.
zzzzzZZZZZZZZ
Hahahha LOL, well it took a long time for me to
think about
Lets Start with Assalammualaikum Dunia~#np Faizal
Tahir – Assalamualaikum (tggu Anugerah Juara Lagu esok heheheh)
Okay lah cerita pasal zaman belajar lah ek
senang, okay x? hahah (macam enjoy sendiri je /-_-/) –kucing lalu meoww~-
*entry ni untuk korang yang nak apply course ni
atau mungkin nak apply politeknik melalui UPU*
#gambarsekadaruntukhiasan
Minta maaf kalau saya ambil gambar dari mana2 : X
Kalau tengok kat gmbr tu sapa2 yang pernah pergi
mesti tau... tu lah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang Sungai Air
Tawar kat Sabak Bernam, Kuala Selangor. (rindu sekejap.. SEKEJAP je le)
Haihhh… teringat pulak zaman2 lepas SPM dulu apply
UPU (skrg harga No Pin dah
mahal eh??) hurmm.. sadis,
-(T,T)- kita kena terima &
pasrah dengan ketentuan Qada’ & Qadar dari Allah S.W.T, bersyukur lah (tersedar dlu ambil Tasawwur Islam
kat sekolah) Alhamdulillah, mujur
ada pamoga sekarang dah tamat belajar kat PSIS. Tapi teman nak throwback
balik zaman2 tu…
Okay2 serious balik deh….banyak main
budak ni (ayat kawan2
selalu guna *.* wopss! )
2012- Dulu masa sekolah tak pernah tahu pun pasal
politeknik ni, hurmm tup2 masa tgh ‘berkhidmat untuk negara’ tu datang pulak
surat tawaran, masa isi UPU tu baru tahu, selama ni pandang kat Universiti Awam
(IPTA) je (nmpk x mindset
dlu).. haihhh (itu lah sapa suruh pak cik kamu isi, lepas tu main2 isi online tu
kan dah kena) dpt pulak kursus DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN. (SERIOUSLY SENDIRI TAKK MINAT)
KESETIAUSAHAAN, KESETIAUSAHAAN, KESETIAUSAHAAN..
kenapa diulang 3 kali? Sebab akan ada manusia buat2 tambah KESETIAUSAAAAAN,
KESETIAUSAWANAN, KESETIASUSAHAN, yang tambah SUSHA pun ada jugak dan yang
tambah SAWAN memang mintak pelempang (bang bang bang)ß ???
Seriously bila aku dapat tahu je, aku rasa mcm x
nak ambil course ni… straight aku ckp direct kat nenek x nak masuk, pagi2 buta
dah buat orang tua ni membebebebebebebel dah hadoiii… atok pun mampu melihat je
(6_6), lepas pasrah untuk 3 jam *boleh dikira?* (aku pun terima jelah)
Lepas habis je PLKN kat Teluk Rubiah, Seri
Manjung, Perak tu dlu.. ada lah masa seminggu je tggu nk masuk poli… Kau bayangkan
SEMINGGU, SEMINGGU beb.. tercabar jiwa nokharom.. hurmmm penat kot baru balik
dari PLKN lepas tu nak buat persiapan nak lari rumah (eh? O.O) *pembetulan* nak masuk poli, nk buat medical check up lah, nak dapatkan
pengesahan borang, beli keperluan semua (tension woooah).. tapi tak mengapa, demi semangat nak sambung
belajar kita teruskan jua (ye ke?) -yang penting masa tu mmg tgh botak kepala- #PLKN
First day- Ramai yang kata tempat PSIS ni kat
pelusuk hujung dunia? (maksudnya kat tepi laut) Tapi betul ke? (memang betul pun ~,~) Okay, bermulalah hari pendaftaran kat PSIS, dengan baju putih
& seluar slack hitam menaiki kereta saga bersama keluarga tercinta yang
dipandu oleh Ma. Jauh jugak nak masuk PSIS ni kat pedalaman kampung rupanya (jakun teramat sebab x ada kampung) yang ditemani bau2 haruman pan kek atas jalan
& disapa lembu2 keliling. Rasa tu campur baur jugak. Teruji jugak masa hari
pendaftaran tu, nebes bercampur ‘excited’.
#Dewan Serbaguna PSIS.. pergh ramai gila orang kat
sini, semua pakai baju putih je banyak.. parents semua kena duduk kat luar.
Bila masuk kat dewan tu dengan borang2 yang unit pengurusan nak, ada seorang
senior tegur.. ingatkan apa dh rupanya dia tanya ambil course apa je, terpaksa
cakap diploma sains kesetiausahaan. Last2 dia bagi kertas kecil warna biru
tulis DSK. Aku tengok budak2 keliling pegang kertas hijau, merah, kuning tp aku
je biru..
![]() |
nampak pelik kat situ lah. Duduk2, tunggu giliran & tengok
muka budak2 batch intake Jun 2012 (masa ni semua muka ‘baby’ face) nampak menipunya*. Tetiba kelihatan seorang yang ‘familiar’ dari
jauh, rupanya member dari PLKN yang aku jumpa first day kat first pit stop
tempat makan kat Perak. First day jugak nmpk muka dia kat sini (rasa happy
skjp tp aku tau dia course lain, still xde kawan satu course T.T). Dekat 20
minit tunggu, tup2 ada orang panggil suruh pergi kat hadapan meja dia, ‘Minta
tolong serahkan borang2 yang diminta’. Aku bagi je lah ‘Okay’. ‘Awak ni course
DSK, nnti kita jumpa eh?’ (uish…
perempuan ni lecturer rupanya) *lec ni ajar keyboarding
skill*. Terbeliak mata aku 0.0… jeng jeng jeng~
Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan asal dari
Jabatan Perdagangan ni kena ambil selama 3 tahun. Dulu 2 tahun je tapi sekarang kena ikut format baru &
keselarasan kursus ni. Tak semestinya kau ambil setiausaha kena buat kopi lah,
buat fotostat lah tp sebenarnya kerjanya ni lebih dari tu semua! (siapa yang berusaha dialah yang
berjaya) Setiausaha- orang
kuat & tulang belakang sesebuah syarikat, ye lah sebab ramai yang akan ‘refer’
kat kau biasa kalau dah jd P.A untuk bos besar e.g chairman. Kalau orang
lelaki ambil course ni mesti semua orang pelik sebab biasa kursus
kesetiausahaan ni untuk perempuan je kan?. Tak salah untuk orang lelaki belajar
course ni, dalam course ni ada belajar pasal personality development, soft
skill (ni bukan skill
lembut ye, hahaha)
kebanyakannya lebih kepada bisnes dan lain2. Ada juga belajar menaip, trengkas
& shorthand.
In sha Allah, kalau korang ambil atau dapat course
ni nnti mesti korang tau lah apa benda jadah ni ehehe kalau nk tau sangat MR
GOOGLE kan ado… Ingat lah, kalau ambil kursus ni x semestinya akan jadi
setiausaha, tp banyak skop kerja yang boleh masuk tau. Contohnya, penolong
akauntan, pembantu tadbir pejabat, penolong pegawai eksekutif, pembantu am,
keusahawanan & banyak lagi. Boleh jadi dalam satu kelas, semuanya perempuan
(Minah2 yang suka cuci
mata mesti meroyan,x de lelaki dalam kelas xD). Kadang2 lelaki pun ada boleh jadi sorang, 2
orang.. x pun lebih dari tu, ikut nasib lah KALAU ADA. Nisbah dia mcm 9:1 dah
hahaha. Lagi2 kalau kau lelaki then jadi kelas rep mesti merana hidup zzzzZZZZZ
=.=” (x mampu ku ulangi
lagi~)
Course ni bukan je ada kat PSIS. Tapi ada kat poli
lain jugak (tak ingat
nama poli :P) mungkin pada mata
orang lain course ni mungkin nampak simple (belum cuba belum tahu ;) ). Kalau every sem dapat 4 flat tu memang gua
tabik lu lah! Ahahah.
Apa jadah ni? Makhluk ni bukan bukan tulisan kuno
biarpun nama dia tangan pendek. Jangan ditanya kenapa nama dia macam tu. Kat
poli akan belajar tulisan ni guna buku dari oversea by Pitman dalam bahasa
Inggeris ye. (aku sendiri x kenal sapa dia ni) Tulisan ni fungsinya untuk mengambil catitan mengikut kepantasan
yang dibaca kemudian mentranskripkannya (Nampak bukan mudah?). Banyak shortform & phrases kenal hafal biarpun buku dia
kecil bak buku GAPEN time skolah (harga buku rm 45 dlu masa beli, import tau) Lagi2 bila nak guris ni kena ikut bunyi ye.
Berbelit lidah nak sebut ENGLISH haha.. course ni ada
pra-syarat kalau lepas shorthand 1 boleh ambil shorthand 2. Kalau x lepas
hurm.. nasib ler, yang penting kena ada kesungguhan & dedikasi yang tinggi
(cewahhh ^_^) Ada dalam versi Bahasa Melayu pulak dipanggil Trengkas, ni pun ada lebih kurang
dgn shorthand tapi diguris mengikut kata dasar. (confirm korang x faham ni
hahahaha) #abaikan
Yang penting kalau nak belajar tu niat tu perlulah
ikhlas dari hati kerana Allah S.W.T
Kita manusia biasa ni hanya mampu merancang tapi
Allah yang menentukan.
Saya minta maaf sekiranya ada sebarang kekurangan
atau perkara2 yang boleh melukakan hati anda.
Assalammualaikum. J
No comments:
Post a Comment